Sunday 3 March 2013

PENANGGUHAN DAN PENGGANTUNGAN


1. Penangguhan dan penggantungan persidangan Lembaga boleh dibuat sama ada Lembaga  tersebut telah dipanggil bersidang  ataupun Lembaga belum lagi dipanggil bersidang.
  • Lembaga telah dipanggil Bersidang. Penangguhan dan penggantungan persidangan Lembaga hanya dibuat dalam dua keadaan yang berikut:

    i. Jika keadaan kes memerlukan, Yang Dipertua boleh 
       menangguhkan   persidangan bagi  tujuan  membawa 
       Lembaga   beredar  ke tempat   kejadian    untuk 
       mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
   ii. Pihak Berkuasa   boleh menggantung   persidangan 
       Lembaga   jika perkara    yang dirujukkan kepada 
       Lembaga sedang    di dalam   siasatan oelh pihak 
       CSJ atau Pihak  Berkuasa Awam, ataupun   perkara 
       tersebut sedang dibicarakan  di Mahkamah Tentera 
       atau Mahkamah Sivil.
  • Lembaga Belum Dipanggil Bersidang. Jika perkara yang bakal dirujuk kepada Lembaga sedang di dalam siasatan oleh pihak CSJ, PDRM, Pihak Berkuasa Awam ataupun perkara tersebut  sedang dibicarakan di Mahkamah Tentera   atau Mahkamah Sivil, Pihak Berkuasa perlulah mematuhi prosedur berikut:
    i. Menangguhkan    persidangan   Lembaga   sehingga 
       selesai    siasatan atau perbicaraan   tersebut.
   ii. Setelah siasatan ataupun   perbicaraan  tersebut 
       selesai, Pihak Berkuasa   tidak diwajibkan untuk 
       memanggil Lembaga bersidang  jika Pihak Berkuasa 
       berpuas hati bahawa    suatu    Lembaga Siasatan 
       adalah tidak perlu.

PERSIDANGAN SEMULA

2. Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa memanggil Lembaga bersidang semula dalam keadaan-keadaan berikut:
  • Jika Pihak Berkuasa tidak berpuas hati dengan laporan yang diterimanya.
  • Jika terdapat beberapa bukti dan lain-lain fakta yang tidak disiasat dengan sewajarnya oleh Lembaga.
  • Kehadiran beberapa bukti dan  saksi-saksi    tertentu.
  • Jika Pihak Berkuasa  mendapati adalah perlu bagi Lembaga disidangkan semula bagi apa-apa tujuan yang dikehendaki olehnya.
  • Jika Lembaga disidangkan semula, satu perintah baru hendaklah dikeluarkan dan dinyatakan dengan jelas arahan-arahan yang Pihak Berkuasa menghendaki dilaksanakan. Jika Lembaga menyiasat semula dengan kehadiran bukti-bukti dan keterangan saksi yang baru, adalah munasabah bagi pendapat Lembaga berbeza dengan pendapat yang awal. Dalam hal sedemikian, Lembaga hendaklah memberikan justifikasi dan penjelasan mengenai perbezaan pendapat tersebut.

SUKATAN MASA

3. Sukatan masa bagi sesuatu Lembaga menyempurnakan tugasnya serta tatacara pemprosesan Laporan Lembaga hendaklah seboleh-bolehnya dibuat dalam sukatan masa yang telah ditetapkan di Kembaran O. Sekiranya sesuatu Lembaga memerlukan masa yang lebih dari yang diperuntukan pihak Lembaga perlu memajukan keperluan tersebut kepada Pihak Berkuasa Sidang dan kemudianya nanti dimasukkan justifikasi kelewatan didalan laporan Lembaga.

  


No comments:

Post a Comment