Sunday 3 March 2013

BUKTI DAN KETERANGAN


1. Prinsip Pembuktian.  
Lembaga bertanggungjawab    untuk   mendapatkan semua   bukti-bukti   dan keterangan di dalam pengendalian   siasatan ke atas perkara yang dirujuk. Prinsip berkenaan   pembuktian   di dalam sesuatu Lembaga adalah sepeti berikut. 
  • Bukti yang di Terima Pakai.         
    Apa-apa juga bukti dan keterangan yang relevan kepada 
    perkara yang     dirujukkan boleh    diterima  pakai. 
    Mana-mana bukti yang tidak relevan hendaklah ditolak. 
    Lembaga    tidak boleh  menolak   sebarang bukti yang 
    relevan berhubung kes yang disiasat.
  • Penumpuan Bukti dan Keterangan.    
    Lembaga mestilah    menumpukan    perolehan bukti dan 
    keterangan kepada   perkara  yang dirujukkan.  Setiap 
    saksi mestilah diperiksa   sehingga   Lembaga   penuh 
    yakin     bahawa   semua bukti   dan keterangan telah 
    dikumpulkan. Jika    semasa   perolehan  bukti    dan 
    keterangan , wujud    bukti yang  mendedahkan perkara 
    lain daripada    yang  disiasat, Lembaga   hendakklah 
    melaporkan perkara tersebut kepada Pihak Berkuasa.
  • Percanggahan Bukti dan Keterangan. 
    Jika terdapat perbezaan   dan percanggahan   bukti di 
    antara keterangan    saksi-saksi, Lembaga   hendaklah 
    sedaya yang boleh merumuskan   fakta yang benar. Bagi 
    maksud tersebut, Lembaga   boleh  memanggil mana-mana 
    saksi untuk   diperiksa semula. Di dalam   ulasannya, 
    Lembaga   hendaklah    menjelaskan    kepada    Pihak 
    Berkuasa    mengenai    percanggahan    dan perbezaan 
    tersebut    serta menzahirkan     pendapat  berhubung 
    penerimaan atau penolakan   fakta   yang dimaksudkan.
  • Keistimewaan Bukti.         
    Bukti-bukti dan   keterangan yang dikemukakakn kepada 
    Lembaga adalah tergolong sebagai “keistimewaan bukti” 
    (Privileged Evidence). Ianya tidak   boleh didedahkan 
    kepada sesiapa juga selain   daripada Pihak Berkuasa. 
    Keterangan dan bukti yang diberi kepada Lembaga tidak 
    boleh diterima pakai    di dalam sesuatu perbicaraan, 
    kecuali bagi saksi-saksi yang      dibicarakan kerana 
    memberi     keterangan     palsu. Walau bagaimanapun, 
    saksi-saksi yang    memberi keterangan    di  hadapan 
    Lembaga adalah diwajibkan di sisi undang-undang untuk 
    memberi penyataan yang benar.
  • Hak Berdiam Diri.           
    Saksi-saksi tidak mempunyai hak untuk enggan menjawab 
    dan berdiam diri kepada   soalan-soalan yang diajukan 
    kepadanya    walaupun     soalan     tersebut mungkin 
    mendedahkannya kepada suatu pertuduhan   jenayah atau 
    penalti atau    perlucutan hak.  Saksi-saksi   adalah 
    dilindungi oleh undang-undang   dan keterangan   yang 
    diberi  olehnya     tidak boleh    digunakan    untuk 
    membicarakan beliau   sama ada oleh Mahkamah Tentera, 
    Pihak Berkuasa Atasan ataupun Pegawai Memerintah.

2. Tatacara Pengendalian Bukti.    
Setiap bukti dan keterangan yang dikemukakan kepada Lembaga ataupun diperolehi sendiri oleh Lembaga hendaklah seperti berikut:
  • Apa-apa dokumen atau   benda yang dikemukakan kepada Lembaga oleh mana-mana saksi atau diperolehi  sendiri oleh Lembaga hendaklah dijadikan bukti dan direkodkan sebagai eksibit.
  • Tiap-tiap eksibit hendaklah ditanda dengan nombor atau huruf dan ditandatangani oleh Yang DiPertua. Lembaga juga boleh melekatkan satu label kepada eksibit tersebut dan di dalam  label tersebut  hendaklah mengandungi nombor atau huruf dan mesti ditandatangani oleh Yang DiPetua.
  • Tiap-tiap eksibit hendaklah dilampirkan berasama dengan Laporan Lembaga. Jika tidak munasabah untuk dilampirkan, Yang DiPertua hendaklah menyimpan eksibit tersebut di tempat yang selamat sehingga ianya diserahkan kepada Pihak Berkuasa berasama-sama Laporan Lembaga kemudian.
  • Lembaga hendaklah mendapatkan bahan bukti yang asal seberapa yang boleh. Jika bukti yang asal diambil, Lembaga hendaklah membuat suatu surat akuan penyerahan dan penerimaan.
  • Jika dokumen asal dikemukakan sebagai bukti dan atas permintaan saksi, Lembaga boleh membuat sesuatu salinan (photostat) atau cabutan dan mengembalikan dokumen asal tersebut kepada saksi. Sebelum mengembalikan dokumen asal,Yang DiPertua hendaklah membuat perakuan di atas  dokumen salinan bahawa perbandingan diantara dokumen salinan dengan dokumen asal telah dibuat dan mengesahkan kesahihannya. Catatan Berikut hendaklah dibuat:


“SETELAH DILAKUKAN PERBANDINGAN DENGAN DOKUMEN ASAL,
DIPERAKUI DOKUMEN INI SAH SEBAGAI SALINAN ASAL”

.................................................
Yang DiPertua                     


No comments:

Post a Comment