Sunday 3 March 2013

MENYIDANGKAN LEMBAGA

1. Sesuatu Lembaga Siasatan boleh dipanggil bersidang dengan perintah pihak-pihak berkuasa yang berikut:
  • Majlis Angkatan Tentera
  • Panglima Tentera Darat atau mana-mana pegawai yang memangku jawatan Panglima Tentera Darat semasa ketiadaan beliau.
  • Panglima-Panglima Divisyen dan Briged atau mana-mana pegawai yang memangku jawatan tersebut.
  • Pemerintah-Pemerintah Garison ataupun sesuatu pengkalan yang berpangkat tidak rendah dari Leftenan Kolonel atau mana-mana pegawai yang memangku jawatan tersebut.
  • Pegawai Memerintah sesuatu pasukan atau mana-mana pegawai yang memangku jawatan tersebut.
  • Pegawai Pemerintah sesuatu pasukan atau mana-mana pegawai yang memangku jawatan tersebut.
2. Jika perkara yang dirujuk melibatkan kehilangan atau kerugian, taraf Pihak Berkuasa yang boleh memanggil bersidang adalah sama seperti yang telah dinyatakan.

PERINTAH BERSIDANG

3. Apabila memanggil bersidang sesuatu Lembaga, Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan satu Perintah Bersidang. Perintah tersebut hendaklah menyatakan perkara-perkara berikut:
  • Keanggotaan Lembaga.
  • Tempat, tarikh dan masa Lembaga itu hendak bersidang.
  • Perkara yang dirujuk kepada Lembaga untuk disiasat.
  • Jika perkara yang dirujuk itu adalah THTC, maka fungsi dan bidang tugas Lembaga hendaklah dinyatakan dengan terperinci.
  • Tidaklah wajib untuk Lembaga menzahirkan sokonngannya. Walaubagaimanapun, Perintah itu boleh menyatakan sama ada atau tidak Lembaga tersebut dikehendaki menyatakan sokongannya mengenai apa-apa soalan yang berbangkit daripada perkara yang dirujuk.
4. Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa membatalkan, meminda atau menggantung Perintah Bersidang tersebut. Contoh Perintah Bersidang adalah seperti di Kembaran N.

KEANGGOTAAN LEMBAGA

5. Lembaga hendaklah dianggotai oleh seorang Yang DiPertua dan tidak kurang dari dua lagi ahli yang terdiri daripada Pegawai Bertauliah. Yang DiPertua dan ahli-ahli Lembaga mestilahseorang yang tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972. Jika perkara yang dirujuk itu adalah Tidak Hadir Tanpa Cuti, maka seseorang ahli Lembaga bolehlah dilantik dari kalangan Pegawai Waren.

6. Yang DiPertua dan ahli-ahli Lembaga mestilah bebas daripada sebarang hubungkait dengan perkara yang dirujuk ataupun dengan mana-mana anggota yang bakal disiasat.

YANG DIPETUA

7. Perlantikan Yang DiPertua bagi sesuatu bagi sesuatu Lembaga mestialh memenuhi kriteria-kriteria berikut: 
  • Yang DiPertua Hendaklah berpangkat tidak rendah daripada pangkat Kapten.
  • Yang DiPertua bagi Lembaga yang menyiasat kejadian yang mengaitkan mana-mana pegawai bertauliah hendaklah sama pangkatnya atau lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai yang disiasat.
  • Pihak Berkuasa hendaklah melantik Yang Dipertua atas nama pegawai itu sendiri.
  • Tiada sekatan untuk melantik Kuartermaster atau Pegawai Iktisas sebagai Yang DiPertua. Walau bagaimanapun sekiranya pegawai-pegawai ini terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes yang disiasat, mereka tidak boleh di lantik menjadi Yang DiPetua Lembaga.
AHLI LEMBAGA

8. Perlantikan ahli-ahli bagi sesuatu Lembaga mestilah memnuhi kriteria-kriteria berikut:
  • Pihak Berkuasa hendaklah melantik ahli-ahli Lembaga atau nama pegawai itu sendiri ataupun menugaskan seorang Pegawai Memerintah supaya melantik ahli yang diperlukan dari kalangan pegawai-pegawai di bawah perintahnya (Jika Panglima Formasi yang memanggil bersidang Lembaga.
  • Ahli-Ahli Lembaga mestilah terdiri dari pegawai bertauliah melainkan perkara yang dirujuk tersebut adalah Tidak Hadir Tanpa Cuti, seorang ahli Lembaga boleh dilantik dari kalangan Pegawai Waren.
  • Jika perkara yang dirujuk melibatkan tatalaku dan perlaksanaan kerja seorang Pegawai Perubatan, Sekurang-kurangnya seorang ahli mestilah terdiri daripada Pegawai Perubatan yang lebih kanan dari Pegawai Perubatan yang disiasat tersebut.
  • Jika perkara yang dirujuk melibatkan perkara-perkara teknikal ataupun kepakaran, sekurang-kurangnya seorang ahli mestilah mempunyai kelayakn teknikal ataupun kepakaran tersebut.
  • Jika pekara yang dirujuk melibatkan pelanggaran keselamatan, sekurang-kurangnya seorang ahli mestilah terdiri daripada Pegawai Perisikan ataupun mana-mana pegawai yang mempunyai pengalaman di dalam hal-hal keselamatan.


HHhhhhhhhhhhhh

No comments:

Post a Comment