Sunday 3 March 2013

TATACARA PENGENDALIAN LAPORAN LEMBAGA

YANG DIPERTUA
1. Yang Dipertua hendaklah menyediakan 1 (satu) salinan asal Laporan Lembaga yang ditaip dan bukannya tulisan tangan serta 7 (tujuh) salinan lain. Yang DiPertua hendaklah memastikan:
  • Semua dokumen disusun mengikut aturanya.
  • Semua eksibit telah ditandakan dengan sewajarnya.
  • Semua saksi-saksi telah menandatangani keterangan mereka.
  • Setiap muka surat di dalam Laporan Lembaga termasuk keterangan saksi dan eksibit mestilah ditanda dengan nombor secara berturutan disetiap sebelah kanan setiap muka surat.
2. Semua Lapooran Lembaga tersebut seterusnya dimajukan kepada Ajutan / Pegawai Tadbir untuk diserah kepada Pihak Berkuasa Sidang.
AJUTAN/PEGAWAI TADBIR
3. Ajutan / Pegawai Tadbir hendaklah memeriksa salinan asal Laporan Lembaga dan menentukan perkara-perkara berikut:
  • Semua arahan, peraturan, prosedur dan peruntukan perundangan telah di patuhi oleh Lembaga.
  • Kerapian dan kebersihan Laporan serta ejaan yang betul.
  • Susunan salinan asal adalah dalam keadaan yang teratur.
  • Semua pembetulan telah ditandatangani oleh Yang DiPertua ataupun oleh saksi- saksi yang berkaitan.

4. Selepas berpuashati dengan keseluruhan penyusunan dan kerapian laporan, adalah menjadi tugas Ajutan / Pegawai Tadbir selanjutnya menyerahkan laporan kepada Pegawai Memerintah / Pihak Berkuasa untuk catatan beliau. Laporan Lembaga kepada yang DiPertua hendaklah menyediakan 7 salinan fotokopi / pendua laporan tersebut termasuk semua eksibit, kembaran dan dokumen yang berkaitan.

PENYEDIAAN LAPORAN LEMBAGA


LAPORAN LEMBAGA SIASATAN
1. Setelah Lembaga Siasatan selesai menjalankan siasatan, satu laporan haruslah disediakan dan disusun seperti berikut:
  • BAT D 76 (Record of Proceeding).
  • Perintah bersidang.
  • Senarai saksi-saksi.
  • Senarai eksibit-eksibit.
  • Keterangan saksi.
  • Eksibit-eksibit.
  • Ulasan Lembaga Siasatan yang merangkumi:
      i. Latarbelakang.
     ii. Metodologi penyiasatan.
    iii. Urutan   kejadian  perkara yang dirujuk.
     iv. Hasil Penyiasatan.
      v. Pendapat Lembaga.
     vi. Sokongan Lembaga (sekiranya perlu).
    vii. Ulasan  dan sokongan Pegawai Memerintah.
   viii. Keterangan dan eksibit dari anggota yang 
         hendak    dipertanggungjawabkan  Lembaga
         (jika ada).
          ix. Ulasan dan  sokongan   muktamad  Pegawai
              Memerintah.
ULASAN LEMBAGA SIASATAN
2. Latar Belakang.
Ianya mestilah mengandungi latarbelakang perkara yang dirujuk sehingga   menyebabkan Lembaga disidangkan.
3. Metodologi Penyiasatan
Ianya mestilah mengandungi tatacara metodologi yang dimaksudkan boleh merangkumi perkara-perkara berikut:
  • Mengambil keterangan saksi termasuk saksi tambahan.
  • Pemeriksaan dokumen.
  • Melawat ke tempat kejadian.
  • Pemeriksaan fizikal keatas peralatan yang berkaitan.

4. Hasil Penyiasat
Ianya mestilah merangkumi semua keputusan dari pada siasatan yang telah dilakukan terhadap perkara yang dirujuk.
5. Pendapat Lembaga
Lembaga hendaklah menyediakan pependapat yang diperolehi dari  penyiasatan yang telah dijalankan. Pependapat tersebut mestilah berpandukan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang telah diperolehi berkenaan perkara-perkara yang telah dirujukan kepada Lembaga.  Lembaga hendaklah mengmbilkira beberapa perkara didalam mencapai pependapat seperti di Kembaran P. Selain itu, Lembaga juga perlu memenuhi keperluan-keperluan berikut :
  • Jika Lembaga telah diarahkan   oleh   Pihak   Berkuasa Sidang untuk menentukan samaada kejadian yang  dirujuk adalah berpunca daripada kemalangan, kesalahan ataupun kecuaian oleh mana-mana anggota, Lembaga hendaklah :
      i. Menentukan mereka ataupun  yang terlibat. 
     ii. Samaada mereka   ataupun    anggota   itu 
         merupakan      penyebab    dan      boleh 
         dipertanggungjawabkan kepada perkara yang 
         dirujuk.
  • Jika Lembaga memutuskan untuk mempertanggungjawabkan mana-mana anggota di atas kemalangan, kesalahan ataupun kecuaian yang menjadi penyebab kepada perkara yang dirujuk, Lembaga hendaklah:
      i. Memaklumkan kepada anggota tersebut bahawa 
         beliau akan  dipertanggungjawabkan.
     ii. Jika anggota adalah di  bawah pemerintahan 
         Pihak  Berkuasa  Sidang, beliau  hendaklah 
         dimaklumkan sendiri oleh  
         Pihak Berkuasa Sidang.
  • Jika anggota itu bukan di bawah pemerintahan Pihak Berkuasa Sidang, Pihak Berkuasa Sidang hendaklah memaklumkan menerusi Pegawai Memerintah anggota tersebut.
      i. Lembaga hendaklah memaklumkan  bukti-bukti 
         yang menjuruskan kepada pendapat tersebut.
     ii. Jika beliau hendak    memberi   keterangan 
         mengemukakan bukti bukti Lembaga hendaklah  
         mengambil     keterangandan    bukti-bukti 
         tersebut.
    iii. Apa-apa perkara baru yang timbul dari pada 
         keterangan  dan  bukti  -  bukti  tersebut  
         hendaklah disiasat oleh Lembaga.
6. Sokongan Lembaga.     
Pihak Lembaga hannya akan membuat sokongan sekiranya diarahkan oleh Pihak Berkuasa Sidang. Pada kebiasaanya hanya kes-kes yang melibatkan kehilangan dan kerosakan sahaja yang dibuat sokongan oleh Lembaga. Contoh sokongan oleh Lembaga adalah seperti di Kembaran Q.

DOKUMEN-DOKUMEN
7. Bersesuaian dengan siasatan terhadap perkara yang dirujuk, beberapa dokumen-dokumen yang berkaitan perlu ditandakan sebagai eksibit dan disertakan bersama-sama di dalam Laporan Lembaga. Senarai dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti di Kembaran R.

PENANGGUHAN DAN PENGGANTUNGAN


1. Penangguhan dan penggantungan persidangan Lembaga boleh dibuat sama ada Lembaga  tersebut telah dipanggil bersidang  ataupun Lembaga belum lagi dipanggil bersidang.
  • Lembaga telah dipanggil Bersidang. Penangguhan dan penggantungan persidangan Lembaga hanya dibuat dalam dua keadaan yang berikut:

    i. Jika keadaan kes memerlukan, Yang Dipertua boleh 
       menangguhkan   persidangan bagi  tujuan  membawa 
       Lembaga   beredar  ke tempat   kejadian    untuk 
       mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
   ii. Pihak Berkuasa   boleh menggantung   persidangan 
       Lembaga   jika perkara    yang dirujukkan kepada 
       Lembaga sedang    di dalam   siasatan oelh pihak 
       CSJ atau Pihak  Berkuasa Awam, ataupun   perkara 
       tersebut sedang dibicarakan  di Mahkamah Tentera 
       atau Mahkamah Sivil.
  • Lembaga Belum Dipanggil Bersidang. Jika perkara yang bakal dirujuk kepada Lembaga sedang di dalam siasatan oleh pihak CSJ, PDRM, Pihak Berkuasa Awam ataupun perkara tersebut  sedang dibicarakan di Mahkamah Tentera   atau Mahkamah Sivil, Pihak Berkuasa perlulah mematuhi prosedur berikut:
    i. Menangguhkan    persidangan   Lembaga   sehingga 
       selesai    siasatan atau perbicaraan   tersebut.
   ii. Setelah siasatan ataupun   perbicaraan  tersebut 
       selesai, Pihak Berkuasa   tidak diwajibkan untuk 
       memanggil Lembaga bersidang  jika Pihak Berkuasa 
       berpuas hati bahawa    suatu    Lembaga Siasatan 
       adalah tidak perlu.

PERSIDANGAN SEMULA

2. Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa memanggil Lembaga bersidang semula dalam keadaan-keadaan berikut:
  • Jika Pihak Berkuasa tidak berpuas hati dengan laporan yang diterimanya.
  • Jika terdapat beberapa bukti dan lain-lain fakta yang tidak disiasat dengan sewajarnya oleh Lembaga.
  • Kehadiran beberapa bukti dan  saksi-saksi    tertentu.
  • Jika Pihak Berkuasa  mendapati adalah perlu bagi Lembaga disidangkan semula bagi apa-apa tujuan yang dikehendaki olehnya.
  • Jika Lembaga disidangkan semula, satu perintah baru hendaklah dikeluarkan dan dinyatakan dengan jelas arahan-arahan yang Pihak Berkuasa menghendaki dilaksanakan. Jika Lembaga menyiasat semula dengan kehadiran bukti-bukti dan keterangan saksi yang baru, adalah munasabah bagi pendapat Lembaga berbeza dengan pendapat yang awal. Dalam hal sedemikian, Lembaga hendaklah memberikan justifikasi dan penjelasan mengenai perbezaan pendapat tersebut.

SUKATAN MASA

3. Sukatan masa bagi sesuatu Lembaga menyempurnakan tugasnya serta tatacara pemprosesan Laporan Lembaga hendaklah seboleh-bolehnya dibuat dalam sukatan masa yang telah ditetapkan di Kembaran O. Sekiranya sesuatu Lembaga memerlukan masa yang lebih dari yang diperuntukan pihak Lembaga perlu memajukan keperluan tersebut kepada Pihak Berkuasa Sidang dan kemudianya nanti dimasukkan justifikasi kelewatan didalan laporan Lembaga.

  


BUKTI DAN KETERANGAN


1. Prinsip Pembuktian.  
Lembaga bertanggungjawab    untuk   mendapatkan semua   bukti-bukti   dan keterangan di dalam pengendalian   siasatan ke atas perkara yang dirujuk. Prinsip berkenaan   pembuktian   di dalam sesuatu Lembaga adalah sepeti berikut. 
  • Bukti yang di Terima Pakai.         
    Apa-apa juga bukti dan keterangan yang relevan kepada 
    perkara yang     dirujukkan boleh    diterima  pakai. 
    Mana-mana bukti yang tidak relevan hendaklah ditolak. 
    Lembaga    tidak boleh  menolak   sebarang bukti yang 
    relevan berhubung kes yang disiasat.
  • Penumpuan Bukti dan Keterangan.    
    Lembaga mestilah    menumpukan    perolehan bukti dan 
    keterangan kepada   perkara  yang dirujukkan.  Setiap 
    saksi mestilah diperiksa   sehingga   Lembaga   penuh 
    yakin     bahawa   semua bukti   dan keterangan telah 
    dikumpulkan. Jika    semasa   perolehan  bukti    dan 
    keterangan , wujud    bukti yang  mendedahkan perkara 
    lain daripada    yang  disiasat, Lembaga   hendakklah 
    melaporkan perkara tersebut kepada Pihak Berkuasa.
  • Percanggahan Bukti dan Keterangan. 
    Jika terdapat perbezaan   dan percanggahan   bukti di 
    antara keterangan    saksi-saksi, Lembaga   hendaklah 
    sedaya yang boleh merumuskan   fakta yang benar. Bagi 
    maksud tersebut, Lembaga   boleh  memanggil mana-mana 
    saksi untuk   diperiksa semula. Di dalam   ulasannya, 
    Lembaga   hendaklah    menjelaskan    kepada    Pihak 
    Berkuasa    mengenai    percanggahan    dan perbezaan 
    tersebut    serta menzahirkan     pendapat  berhubung 
    penerimaan atau penolakan   fakta   yang dimaksudkan.
  • Keistimewaan Bukti.         
    Bukti-bukti dan   keterangan yang dikemukakakn kepada 
    Lembaga adalah tergolong sebagai “keistimewaan bukti” 
    (Privileged Evidence). Ianya tidak   boleh didedahkan 
    kepada sesiapa juga selain   daripada Pihak Berkuasa. 
    Keterangan dan bukti yang diberi kepada Lembaga tidak 
    boleh diterima pakai    di dalam sesuatu perbicaraan, 
    kecuali bagi saksi-saksi yang      dibicarakan kerana 
    memberi     keterangan     palsu. Walau bagaimanapun, 
    saksi-saksi yang    memberi keterangan    di  hadapan 
    Lembaga adalah diwajibkan di sisi undang-undang untuk 
    memberi penyataan yang benar.
  • Hak Berdiam Diri.           
    Saksi-saksi tidak mempunyai hak untuk enggan menjawab 
    dan berdiam diri kepada   soalan-soalan yang diajukan 
    kepadanya    walaupun     soalan     tersebut mungkin 
    mendedahkannya kepada suatu pertuduhan   jenayah atau 
    penalti atau    perlucutan hak.  Saksi-saksi   adalah 
    dilindungi oleh undang-undang   dan keterangan   yang 
    diberi  olehnya     tidak boleh    digunakan    untuk 
    membicarakan beliau   sama ada oleh Mahkamah Tentera, 
    Pihak Berkuasa Atasan ataupun Pegawai Memerintah.

2. Tatacara Pengendalian Bukti.    
Setiap bukti dan keterangan yang dikemukakan kepada Lembaga ataupun diperolehi sendiri oleh Lembaga hendaklah seperti berikut:
  • Apa-apa dokumen atau   benda yang dikemukakan kepada Lembaga oleh mana-mana saksi atau diperolehi  sendiri oleh Lembaga hendaklah dijadikan bukti dan direkodkan sebagai eksibit.
  • Tiap-tiap eksibit hendaklah ditanda dengan nombor atau huruf dan ditandatangani oleh Yang DiPertua. Lembaga juga boleh melekatkan satu label kepada eksibit tersebut dan di dalam  label tersebut  hendaklah mengandungi nombor atau huruf dan mesti ditandatangani oleh Yang DiPetua.
  • Tiap-tiap eksibit hendaklah dilampirkan berasama dengan Laporan Lembaga. Jika tidak munasabah untuk dilampirkan, Yang DiPertua hendaklah menyimpan eksibit tersebut di tempat yang selamat sehingga ianya diserahkan kepada Pihak Berkuasa berasama-sama Laporan Lembaga kemudian.
  • Lembaga hendaklah mendapatkan bahan bukti yang asal seberapa yang boleh. Jika bukti yang asal diambil, Lembaga hendaklah membuat suatu surat akuan penyerahan dan penerimaan.
  • Jika dokumen asal dikemukakan sebagai bukti dan atas permintaan saksi, Lembaga boleh membuat sesuatu salinan (photostat) atau cabutan dan mengembalikan dokumen asal tersebut kepada saksi. Sebelum mengembalikan dokumen asal,Yang DiPertua hendaklah membuat perakuan di atas  dokumen salinan bahawa perbandingan diantara dokumen salinan dengan dokumen asal telah dibuat dan mengesahkan kesahihannya. Catatan Berikut hendaklah dibuat:


“SETELAH DILAKUKAN PERBANDINGAN DENGAN DOKUMEN ASAL,
DIPERAKUI DOKUMEN INI SAH SEBAGAI SALINAN ASAL”

.................................................
Yang DiPertua                     


PROSEDUR PERBINCANGAN


1. Sebelum Lembaga bersidang, Yang DiPertua hendaklah benar-benar faham akan bidang tugas serta perkara yang dirujuk kepada beliau. Yang DiPertua mestilah memahami kejadian yang hendak disiasat oleh Lembaga. Yang DiPertua hendaklah menentukan perkara-perkara berikut:
  • Lembaga bersidang di tempat dan masa yang ditetapkan dalam Perintah Sidang.
  • Semua ahli-ahli hadir pada sebilang masa semasa Lembaga bersidang.
  • Ahli-ahli Lembaga faham akan tugas dan tanggungjawab mereka.
  • Perkara-perkara yang berikut hendaklah dibentangkan oleh Yang DiPertua kepada ahli-ahli Lembaga pada hari pertama persidangan: 
     i. Memahamkan ahli-ahli akan perkara-perkara yang 
        dinyatakan dalam Perintah Bersidang.
        ii.  Bidang tugas Lembaga.
   iii. Memberi penugasan  terperinci  kepada   setiap 
        ahli seperti merekod  keterangan dan mengumpul 
        bukti.
    iv. Memberi   gambaran  mengenai  latar   belakang 
        perkara yang dirujuk.
     v. Berbincang     bagi   menentukan cara  terbaik 
        bagaimana siasatan akan dikendalikan.

SAKSI-SAKSI LEMBAGA

2. Yang DiPetua hendaklah medapatkan butiran terperinci berkenaan saksi-saksi yang telah dipanggil oleh Pihak Berkuasa Sidang untuk memberi keterangan. Yang DiPertua juga boleh memanggil mana-mana saksi yang tidak disenaraikan jika difikirkan perlu bagi membantu siasatan.

3. Yang DiPetua handaklah menyediakan rancangan kehadiran saksi-saksi agar masa tidak terbuang dan saksi-saksi dapat dapat memberi keterangan apabila hadir di hadapan Lembaga. Adalah menjadi kewajipan Yang DiPertua untuk menentukan pemberian keterangan oleh saksi-saksi tidak ditangguhkan setelah saksi tersebut hadir di hadapan Lembaga seperti yang telah direncanakan.

4. Kehadiran saksi-saksi boleh dipanggil hadir dihadapan Lembaga untuk memberi keterangan dengan cara-cara berikut:
  • Saksi Awam. 
   Saksi awam tidak boleh dipaksa untuk hadir di hadapan 
   Lembaga bagi memberi keterangan.   Kehadiran   mereka 
   adalah semata-mata atas dasar kerjasama dan  kerelaan 
   saksi itu sendiri. Tatacara memanggil    saksi   awam 
   adalah seperti berikut : 

   i. Kehadiran saksi awam hendaklah diperolehi menerusi 
      surat yang dimajukan    kepada   saksi dan salinan 
      kepada majikan/Ketua Jabatan saksi.
  ii. Jika saksi enggan     hadir,   Lembaga   hendaklah 
      menjemput saksi tersebut untuk  membuat keterangan 
      bertulis dan memajukan     keterangan     tersebut 
      kepada Lembaga. Jika   saksi enggan,  beliau tidak 
      boleh dipaksa.
 iii. Jika mengahadapi kesukaran di dalam mengenal pasti 
      lokasi saksi, bantuan pihak PDRM boleh diperolehi.
  iv. Jika saksi awam hadir,   mereka    berhak menerima 
      elaun-elaun seperti yang     lazim    dibayar oleh 
      Mahkamah    Awam. Bagi    saksi    awam   daripada 
      kakitangan kerajaan, elaun dituntut melalui jabatn 
      masing-masing.
  • Saksi Tentera.         
      Saksi-saksi tentera wajib  memberi keterangan jika 
      dikehendaki berbuat   demikian.     Markas Formasi 
      saksi-saksi perli    dimaklumkan   mengenai arahan 
      kehadiran saksi-saksi dihadapan Lembaga.
  • Saksi PDRM.            
      Permohonan untuk    kehadiran   saksi-saksi   PDRM 
      hendaklah dibuat kepada Ketua Balai Polis  di mana 
      saksi tersebut bertugas ataupun kepada Ketua Polis 
      Negeri.
  • Saksi Berpakaran (Expert Witness).     

      Saksi ini boleh di jemput untuk hadir sebagai saksi 
      tambahan bagi tujuan    mendapatkan  pendapat pakar 
      (expert opinion) terhadap   sesuatu   perkara  yang 
      dipakarinya.


5. Sumpah dan Ikrar. 
   Setelah  saksi-saksi hadir di hadapan    Lembaga   dan 
   sebelukm  saksi-saksi  tersebut   diperiksa,   Lembaga 
   hendaklah  mentadbirkan  sumpah    atau   ikrar dengan 
   sewajarnya:
  • Bentuk sumpah dan ikrar serta tatacara pentadbirannya adalah mengikut Kaedah 59 kepada Kaedah-kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976, seperti di Jadual Keenam. Sumpah atau ikrar ini hendaklah direkodkan. Keterangan saksi-saksi hendaklah dibuat secara bersumpah. Saksi hanya dibenarkan berikrar jika:
     i. Saksi tidak mempunyai kepercayaan agama.
    ii. Bersumpah adalah bertentangan  dengan kepercayaan 
        agamanya.
   iii. Sumpah itu   tidak   munasabah untuk  ditadbirkan 
        mengikut cara   yang sesuai   dengan  kepercayaan 
        agamanya.
  • Jika kanak-kanak yang belum dewasa dipanggil sebagai saksi, dan pada pendapat Lembaga kanak-kanak tersebut tidak faham akan maksud sebenar bersumpah, Lembaga masih boleh menerima keterangan kanak-kanak tersebut walaupun keterangan tersebut diberikan tanpa bersumpah jika pada pendapat Lembaga, kanak-kanak tersebut mempunyai kecerdikan yang cukup untuk membolehkan keterangannya diterima dan kanak-kanak tersebut faham tentang kewajipan bercakap benar.
6. Memeriksa Saksi. 
   Setelah saksi-saksi hadir di hadapan Lembaga, tatacara 
   pemeriksaan    saksi-saksi   tersebut dibuat    dengan 
   berpandukan perkara-perkara berikut:
  • Saksi-saksi hendaklah bersumpah atau berikrar.
  • Teknik soal jawab hendaklah digunakan dimana perlu.
  • Soalan memimpin (leading question) booleh diajukan dan keterangan dengar cakap (hearsay) boleh diterima.
  • Saksi-saksi hendaklah dibenarkan memberi keterangan dengan perkataan mereka sendiri.
  • Saksi-saksi boleh memberi keterangan sama ada dalam bentuk lisan (soal jawab) ataupun bertulis.
  • Semua bentuk soalan dan keterangan saksi mestilah berkaitan dengan perkara yang dirujukkan kepada Lembaga.
  • Tekanan, dorongan, ugutan dan janji tidak boleh digunakan semasa memeriksa saksi-saksi.
  • Sebelum saksi menandatangani keterangannya, keterangan tersebut hendaklah dibacakan semula kepada saksi berkenaan dan beliau hendaklah dibenarkan membuat apa-apa pindaan dan pembetulan jika ada.
7. ‘Orang yang Mungkin Terlibat’ Sebagai Saksi. Jika orang yang mungkin terlibat (implicated person) disenaraikan sebagai saksi, ataupun jika semasa pemeriksaan saksi-saksi lain,mereka telah mendedahkan penglibatan orang yang mungkin terlibat, selaras dengan Seksyen 147(4) Akta Angkatan Tentera 1972, tatacara tersebut hendaklah dipatuhi:
  • Orang yang mungkin terlibat itu hendaklah diberi peluang untuk memberi keterangan atau keterangan balas.
  • Jika hadir untuk memberi kenyataan dia hendaklah diberikan hak untuk diwakili oleh seorang peguambela. Walaubagaimanapun, dia ataupun peguambelanya tidak boleh memeriksa balas mana-mana saksi.